NEWS & MEDIA

Khamis, 8 April 2010

KELUARAN KHAS
Kahwin Kahwin & Beli-Belah

REKAAN INOVATIF
Pelamin
‘Dua dalam Satu’


Kita sering mendegar tentang ‘dua dalam satu’. Biasanya, ia melibatkan produk seperti syampu atau kopi segera.

Tetapi kalau ‘pelamin dua dalam satu’ memang jarang sekali kita dengar.

Atas sebab itulah syarikat Tahta Tiara Pte Ltd yang merupakan anak syarikat La Midas Touche telah memperkenalkan rekaan pelamin yang berbeza coraknya - yang boleh diterbalikkan.

Ini bermakna dua corak rekaan dalam satu pelamin.

Memberikan contoh, pengarah yang juga pemilik syarikat tersebut, Cik Lyana, 39 tahun, berkata:

“Salah satu rekaan yang berlatar belakangkan corak rekaan Victorian Turquoise boleh digunakan semasa majlis makan malam.

“Dan apabila diterbalikkan, ia member corak rekaan Royal Velvety Gold yang sesuai untuk majlis bersanding.

“Maknanya, anda sebagai mempelai berpeluang menikmati dua corak rekaan berbeza dengan hanya menggunakan sebuah pelamin.”

Menurut Cik Lyana, satu lagi rekaan pelamin yang mendapat sambutan ialah sejenis corak rekaan yang diberi nama Garden of Eden.

Ia memenuhi citarasa mereka yang inginkan persandingan yang bertemakan taman.

“Ia merupakan pelamin yang dihiasi indah dengan bunga, kehijauan serta lilin-lilin beraroma.

“Malah para pelanggan boleh memilih bunga-bunga mengikut pilihan mereka sendiri pada harga khas,” jelasnya.

Memberikan pandangan tentang trend persandingan hari ini, Cik Lyana yang telah berkecimpung sebagai perancang perkahwinan sejak lima tahun lalu berkata pasangan mempelai kini sanggup berbelanja besar bagi memenuhi impian persandingan yang diinginkan.

“Tidak seperti dahulu, pasanga mempelai kini boleh membuat keputusan sendiri tentang jenis pelamin serta hiasan yang diingini.

“Saya perhatikan mereka seing inginkan persandingan yang berkonsep.

“Kebanyakan pasangan sebenarnya tahu apa yang mereka inginkan bagi persandingan mereka dan biasanya akan membiarkan urusan khidmat catering kepada ibu bapa mereka,” jelasnya.

Dan sempena pameran ‘Best of Bridal Lifestyle & Fiesta Indonesia’ yang bakal berlangsung hari ini hingga Ahad, syarikat tersebut akan menawarkan harga-harga pakej istimewa.

Bagi mereka yang menempah pakej Garden of Eden, mereka akan turut mendapat hiasan and khidmat catering untuk 1,000 tetamu pada harga $11,500 ke atas.

“Biasanya harga pakej kami ialah antara $14,000 dengan $15,000.

“Tetapi kali ini mereka berpeluang mendapat penjimatan yang memuaskan”, ujar Cik Lyana.

Pada masa yang sama, syarikat tersebut turut menyewakan dulang-dulang tembaga yang lengkap dengan hiasannya sekali - yang biasanya digunakan oleh kerabat diraja Malaysia, Brunei, dan para selebriti – untuk hantaran perkahwinan.

Butir lanjut boleh didapatkan dengan menghantar e-mel kepada enquiry@TahtaTiara.com